BUDAYA

Mata wang

25 Jul 2020, 4:39 PM
Mata wang

Seperti apa kau ingin menjadi

saat bangkumu berdarjat

memilih saku lebih lebar dari baju

syahadat yang bersanding di bibir

sejak bergulung di kantung ibu

koyak dikikir mata runcing

Kau menyangka debumu tersembunyi

mirip Maria, Lucia dan Magdalena

gunung purba yang menidurkan api

meski memulau diri seperti Sebatik

atau tiada lensa menambat

tetap namamu berbintik

terawet warna sogokan

Kawan, darah cintamu mengalir hitam

songsang garis senyumnya

dalam belanga berempah suapan

jernihkah kau menjawab

jika anak-anak bertanya,

“mata apa yang paling tajam?”

Siti Alimah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.