AGENDA

Termometer infra merah tidak membahayakan otak

25 Jul 2020, 12:16 PM
Termometer infra merah tidak membahayakan otak

BAGAN SERAI, 25 JULAI: Kementerian Kesihatan tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan kononnya penggunaan termometer dengan infra merah bagi menyukat suhu badan boleh membahayakan otak, kata Timbalan Menteri Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Katanya termometer yang ada sekarang mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) dan selamat digunakan pada dahi atau telinga manusia.

"Saya percaya alat yang kita gunakan adalah selamat kerana mendapat kelulusan pendaftaran daripada MDA," katanya ketika mengulas mengenai dakwaan bahawa termometer dengan infra merah dikatakan berbahaya kepada otak lebih-lebih lagi apabila ia dihalakan ke bahagian dahi yang tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen) Perak di Bukit Merah Laketown Resort di sini, hari ini.

Mengenai Kospen, Dr Noor Azmi berkata ia perlu diperkasakan dalam usaha mengurangkan jangkitan Covid-19 selain mencegah pelbagai penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.