AGENDA

Kerajaan galak pusat beli-belah hadkan pengunjung

21 Jul 2020, 8:23 AM
Kerajaan galak pusat beli-belah hadkan pengunjung

SHAH ALAM, 21 JULAI: Pusat beli-belah digalak mengehad jumlah pengunjung bagi mengelak kesesakan sekali gus mencegah penularan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan tersebut belum diputuskan kerajaan dan terserah kepada pengurusan untuk membuat aturan.

"Jika mereka bimbang berlaku pelanggaran penjarakan sosial, mereka boleh buat aturan giliran kemasukan pengunjung," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang tambahan 13 kluster baharu Covid-19 sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mulai 10 Jun lalu.

Lebih membimbangkan katanya, kes wabak kembali mencatat dua digit sejak beberapa hari lalu dan situasi itu tidak boleh diambil mudah.

Semua sektor ekonomi dibuka berperingkat mulai 4 Mei lalu selepas ditutup hampir tiga bulan susulan penularan Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.