ad
BERITA UTAMA

314 mangsa banjir Sepang dipindah di lima pusat

19 Jul 2020, 9:22 AM
314 mangsa banjir Sepang dipindah di lima pusat
314 mangsa banjir Sepang dipindah di lima pusat

SHAH ALAM, 19 JULAI: Lima pusat pemindahan banjir di Sepang masih dibuka membabitkan 77 keluarga dan 314 mangsa sehingga jam 4 petang tadi.

Ketua unit pengurusan bencana negeri (UPBN) berkata pusat pemindahan masih aktif adalah Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jenderam Hilir, Dewan Gemilang, Dewan Orang Ramai Dengkil dan Sekolah Rendah Agama Dengkil.

[caption id="attachment_424859" align="alignright" width="417"] Seorang penduduk di Taman Kristal, Dengkil berjalan keluar dari kawasan rumahnya yang dinaiki air pada 19 Julai 2020. Menurut penduduk setempat, hujan lebat yang melanda pekan Dengkil semalam mengakibatkan banjir dan air naik ke kawasan perumahan sekitar 1 pagi tadi. Foto: BERNAMA[/caption]

“Di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dengkil pula jumlah keluarga dan mangsa masih dalam bancian,” kata Ahmad Fairuz Mohd Yusof ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau memaklumkan semua tiga pusat pemindahan di  Hulu Langat ditutup selepas 31 keluarga dibenarkan pulang.

Sebanyak 41 kawasan di lima daerah mengalami banjir kilat sejak petang semalam.

Hulu Langat mencatatkan jumlah kawasan tertinggi dengan 22, diikuti Sepang (12), Hulu Selangor (empat), Gombak (dua) dan satu di Klang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.