AGENDA

Perlu guna pelitup muka di sekolah jika bergejala

17 Jul 2020, 8:51 AM
Perlu guna pelitup muka di sekolah jika bergejala

SHAH ALAM, 17 JULAI: Pemakaian pelitup muka di sekolah tidak diwajibkan kecuali jika pelajar atau guru menunjukkan gejala tidak sihat, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

"Sekolah hanya perlu menyediakan sabun atau cecair pembasmi kuman dan melakukan saringan gejala serta suhu badan," menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) boleh dimuat turun dari laman sesawang https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/gp-buka-sekolah untuk maklumat lanjut.

Pada 5 Mei lalu, KPM mengeluarkan garis panduan pembukaan semula sekolah membabitkan aspek pelaksanaan dan pengurusan prasarana, termasuk kehadiran murid serta penjarakan sosial di bilik darjah, dewan makan asrama serta kantin.

Ia membabitkan tatacara operasi piawai (SOP) perlu dipatuhi untuk mengelak penularan sebarang penyakit berjangkit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.