AGENDA

PKPP: 68 ditahan termasuk aktiviti dalam pub

16 Jul 2020, 9:31 AM
PKPP: 68 ditahan termasuk aktiviti dalam pub

SHAH ALAM, 16 JULAI: Seramai 68 individu semalam ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dengan 14 daripadanya direman manakala 54 dikompaun.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesalahan meliputi aktiviti di kelab malam dan kehadiran orang ramai yang menyukar penjarakan sosial.

"Kerajaan berharap rakyat menjadi mata dan telinga bagi pihak berkuasa untuk melapor apa-apa tindakan yang melanggar tatacara operasi piawai (SOP)," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata polis setakat ini membuat 67,938 pemeriksaan membabitkan pasar raya, restoran, penjaja, kilang, pasar awam dan tani, tempat ibadah serta kawasan riadah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.