EXCO

Kesan 1,000 tong sisa toksik, pemilik diberi amaran rampas tanah

16 Jul 2020, 8:46 AM
Kesan 1,000 tong sisa toksik, pemilik diberi amaran rampas tanah

SHAH ALAM, 16 JULAI: Kerajaan Negeri mengeluarkan amaran rampasan tanah susulan penemuan 1,000 tong drum disyaki mengandungi sisa toksik di tapak pembuangan haram di Jalan Sijangkang Utama, Johan Setia, Klang.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata tindakan rampasan akan dibuat sekiranya pemilik tidak mematuhi Notis 7A yang menghendakinya membersihkan tapak mengikut tempoh ditetapkan Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

“Kita sudah mengenal pasti status tanah itu, ia adalah hak milik berstatus pertanian yang melanggar syarat guna tanah. Jika pemiliknya terus berdegil, kita akan keluar notis 7B iaitu rampasan tanah,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai sejak Mac lalu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan maka ramai tidak menyedarinya dan lebih buruk ia berlaku di kawasan hitam iaitu tempat yang kerap berlaku pembakaran terbuka.

"Kerajaan Negeri kini sedang di peringkat perbincangan bersama agensi bertanggungjawab untuk kerja pembersihan kerana bimbang sisa-sisa kimia ini akan menyebabkan letupan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.