AGENDA

Pendekatan norma baharu atasi kemiskinan, pengangguran - Anwar

15 Jul 2020, 12:11 PM
Pendekatan norma baharu atasi kemiskinan, pengangguran - Anwar

SHAH ALAM, 15 JULAI: Pendekatan ekonomi perlu bersesuaian dengan norma baharu bagi mengatasi masalah kemiskinan penduduk, kata ketua pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penularan Covid-19 juga menyebabkan jumlah pengangguran meningkat dan seharusnya penyelesaian masalah itu dicari.

"Jumlah peruntukan besar..RM28 bilion setahun (ekonomi). Ketirisan juga sangat besar. Setiap tahun Audit Negara (Jabatan Audit Negara) ulang perkara ini.

"Bila buat rumah ada kecurangan..belum lagi bantuan makanan. Jadi hal ini perlu diubah dengan pendekatan baharu kerana ini tanggungjawab kita membantu hidup rakyat susah," kata Ahli Port Dickson itu ketika Ucapan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar sebelum ini menegaskan masalah kemiskinan gagal dibasmi jika fakta sebenar situasi disembunyikan susulan kadar kemiskinan 0.4 peratus tidak munasabah berbanding dihadapi ketika ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.