AGENSI

Covid-19: Penduduk Selangor digesa terus waspada, patuhi SOP

14 Jul 2020, 2:21 PM
Covid-19: Penduduk Selangor digesa terus waspada, patuhi SOP

SHAH ALAM, 14 JULAI: Rakyat negeri ini dinasihat tidak bersikap sambil lewa dengan terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) walaupun kes Covid-19 semakin menurun.

Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan hanya terdapat satu kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,093 kes.

"Kadar kes baharu rendah sejak kebelakangan ini bukan kayu ukur yang mutlak bagi keselamatan nyawa. Amalkan penjarakan fizikal, jaga kebersihan, pakai pelitup muka dan gunakan SELangkah pada setiap masa," kata pasukan itu menerusi Facebook.

STFC berkata zon kes aktif juga kekal seperti semalam iaitu di Sepang membabitkan dua kawasan, Labu dengan 10 kes dan Dengkil (satu).

Bagaimanapun, pasukan itu menggesa pelaksanaan SOP dan amalan norma baharu dalam kehidupan harian kerana potensi ledakan Covid-19 masih wujud serta memerlukan sikap berhati-hati.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.