ad
SELANGOR

Inisiatif Rakan Digital bimbing warga emas, peniaga babit sosioekonomi

13 Jul 2020, 4:59 AM
Inisiatif Rakan Digital bimbing warga emas, peniaga babit sosioekonomi

SHAH ALAM, 13 JULAI: Inisiatif Rakan Digital diperkenal bagi membantu warga emas dan peniaga belum celik digital mendapat bimbingan terlibat dalam sosioekonomi masa kini.

Dato' Menteri Besar berkata ia dilaksanakan bersama universiti awam, swasta, badan bukan kerajaan, Kolej INPENS, Unisel dan Team Selangor dengan peruntukan RM3 juta.

"Digitalisasi memberi ruang kepada masyarakat seluruh dunia melawan ombak besar Covid-19. Namun, tanpa bantuan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, sudah pasti akan ada yang tertinggal," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan pakej rangsangan ekonomi fasa ketiga, hari ini

Amirudin berkata pelan pemulihan ekonomi itu menekankan tiga tonggak utama iaitu jaminan bekalan makanan, kemampanan ekonomi dan pembangunan keupayaan.

Jumlah keseluruhan nilai ekonomi bagi pelan ini ialah RM55.85 bilion.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.