ad
AGENDA

Program e-dapur diteruskan, sasar 1,000 usahawan

13 Jul 2020, 4:15 AM
Program e-dapur diteruskan, sasar 1,000 usahawan

SHAH ALAM, 13 JULAI: Kerajaan Negeri bersetuju meneruskan program e-dapur dan Platform Selangor (Plats) yang menyasarkan 1,000 usahawan dengan nilai jualan RM12 juta.

Dato' Menteri Besar berkata inisiatif itu diperluaskan kepada perkhidmatan barangan runcit, restoran, farmasi dan produk usahawan negeri ini.

"Selangor e-dapur berjaya membantu 133 usahawan dengan jumlah jualan mencecah RM1.5 juta," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi, hari ini.

Pelan pemulihan itu menekankan tiga tonggak utama iaitu jaminan bekalan makanan, kemampanan ekonomi dan pembangunan keupayaan bagi menangani dampak Covid-19.

Jumlah keseluruhan nilai ekonomi bagi pakej tersebut ialah RM55.85 bilion.

Program e-dapur diperkenalkan pada 8 April lalu dengan kerjasama Grab dan Plats yang mensasarkan penjaja dan peniaga kecil dalam industri makanan dan minuman sekitar Selangor.

Inisiatif digitalisasi itu membantu usahawan meneruskan operasi secara dalam talian bagi memperluaskan akses pasaran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.