AGENDA

Covid-19: Sifar jangkitan tempatan, enam kes import

9 Jul 2020, 9:44 AM
Covid-19: Sifar jangkitan tempatan, enam kes import

SHAH ALAM, 9 JULAI: Malaysia sekali lagi mencatatkan sifar kes baharu Covid-19 jangkitan tempatan hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat jam 12 tengah hari tadi enam kes import dilaporkan menjadikan keseluruhan sebanyak 8,683 kes dan 63 darinya kes aktif.

“Kes import membabitkan lima warganegara dan seorang warga asing. Empat kes dilaporkan di Selangor melibatkan individu pulang dari Indonesia dan Mesir manakala dua kes lagi di Johor yang pulang dari Singapura.

“Sebanyak 13 pesakit disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah sembuh sebanyak 8,499 kes iaitu 97.88 peratus dari keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata dua pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan seorang darinya memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada kes kematian baharu direkodkan dan jumlah kekal 121 kes iaitu 1.39 peratus dari keseluruhan,” katanya.

Semalam, tiada kes baharu penularan tempatan dilaporkan dan rekod sama pernah dicatatkan pada 1 Julai lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.