AGENDA

KKM terus pantau subkluster Seri Petaling, saring kumpulan berisiko

8 Jul 2020, 1:46 PM
KKM terus pantau subkluster Seri Petaling, saring kumpulan berisiko

SHAH ALAM, 8 JULAI: Saringan serta pengesan terhadap subkluster Seri Petaling diteruskan walaupun kluster terbesar itu diisytiharkan tamat hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tumpuan saringan dijalankan di madrasah serta sekolah tahfiz yang berkaitan.

"Sekiranya ada keperluan atau tanda peningkatan kes contohnya membabitkan jemaah tabligh kita akan terus laksanakan saringan itu.

"Ketika ini, Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan saringan bersasar kepada kumpulan berisiko tinggi yang dikenalpasti dan lokaliti terbabit," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, beliau mengisytiharkan penamatan kluster perhimpunan Seri Petaling selepas tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari sejak 11 Jun lalu.

Daripada kluster itu 42,023 individu disaring sehingga jam 12 tengah hari tadi dengan 3,375 daripadanya positif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.