AGENDA

Dua kes baharu Covid-19 di Selangor jangkitan luar negara

5 Jul 2020, 1:07 PM
Dua kes baharu Covid-19 di Selangor jangkitan luar negara
Dua kes baharu Covid-19 di Selangor jangkitan luar negara

SHAH ALAM, 5 JULAI: Selangor mencatatkan dua kes baharu Covid-19 hari ini dengan kesemuanya membabitkan jangkitan dari luar negara.

Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan jumlah itu menurun berbanding tujuh semalam tanpa membabitkan penularan dalam kalangan warga tempatan daripada keseluruhan lima kes di Malaysia.

"Warga Selangor diseru untuk terus mengamalkan penjarakan fizikal, jaga kebersihan diri dan memakai pelitup muka," katanya menerusi Twitter.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kes kumulatif di Selangor adalah 2,060 dan 150 kes jangkitan dari luar negara sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Secara keseluruhan daerah Hulu Langat kekal mencatatkan kes kumulatif tertinggi dengan 631 kes diikuti Petaling (437), Gombak (259), Klang (190), Sepang (153), Hulu Selangor (77), Kuala Selangor (69), Kuala Langat (64) dan Sabak Bernam (30).

Selain Selangor, Sabah turut mencatatkan dua kes dengan satu daripadanya jangkitan luar negara membabitkan bukan warganegara pemustautin tetap manakala satu kes lagi rakyat tempatan direkodkan di Negeri Sembilan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.