ad
BERITA UTAMA

Selangor Advance dibuka esok, bantu usahawan IKS

30 Jun 2020, 7:48 AM
Selangor Advance dibuka esok, bantu usahawan IKS
Selangor Advance dibuka esok, bantu usahawan IKS

SHAH ALAM, 30 JUN: Permohonan Selangor Advance mula dibuka esok bagi membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang terkesan akibat Covid-19, kata Dato' Menteri Besar.

"Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100 juta bertujuan mempercepat aliran tunai untuk memulihkan ekonomi golongan berkaitan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Permohonan boleh dibuat menerusi www.selangoradvance.com.my dengan melengkapkan butiran seperti nama, emel, nama syarikat dan jawatan," kata Dato’ Seri Amirudin Shari di laman sesawang amirudinshari.com .

https://youtu.be/Nm7u1_0p4mw

Beliau berkata tempoh bayaran dibuat selama dua hari dengan syarat pemohon perlu mengemukakan dokumen lengkap.

Katanya, pada peringkat awal Selangor Advance diperkenalkan bagi kerja perolehan, kontrak dan kerja ditender di bawah anak syarikat Kerajaan Negeri khususnya Pemerbadanan Menteri Besar (MBI Selangor) sebelum dikembangkan ke pihak berkuasa tempatan (PBT) seterusnya seluruh aktiviti ekonomi pentadbiran di Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.