AGENDA

74 tapak binaan diperiksa, lima diberi amaran

30 Jun 2020, 7:37 AM
74 tapak binaan diperiksa, lima diberi amaran

SHAH ALAM, 30 JUN: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memeriksa 74 tapak binaan di seluruh negara semalam, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hasil pemeriksaan lima tapak gagal patuh tatacara operasi piawai (SOP) dikenakan amaran.

"Daripada 74 tapak binaan yang diperiksa, 61 patuh SOP, lima tidak patuh SOP diberi amaran dan lapan tapak tidak beroperasi.

"Setakat ini jumlah keseluruhan tapak binaan patuh SOP ialah 2,561 manakala 477 tidak patuh SOP diberi amaran dan 19 tapak binaan diarah tutup," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.