AGENDA

Ismail Sabri: ICQS Padang Besar, Durian Burung dibuka

30 Jun 2020, 6:57 AM
Ismail Sabri: ICQS Padang Besar, Durian Burung dibuka

SHAH ALAM, 30 JUN: Kerajaan bersetuju membuka Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis dan Durian Burung, Kedah untuk laluan kenderaan perdagangan komersial serta kargo.

Menteri kanan (keselamatan) berkata perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat khas menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan.

"Agensi yang terbabit sudah dimaklumkan mengenai keputusan ini untuk tindakan seterusnya," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan hari ini.

Pada 22 Mac lalu Thailand menutup sembilan pintu sempadan darat dan air antara Thailand-Malaysia yang turut melibatkan ICQS Durian Burung.

Pada 27 Mei ICQS Padang Besar pula ditutup selepas enam pelajar warga Thailand yang melaluinya positif Covid-19.

Enam pelajar berusia 23 hingga 33 tahun itu ialah sebahagian daripada kumpulan 39 pelajar yang menuntut di sebuah universiti di Arab Saudi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.