AGENDA

600 individu pulang dari luar negara jalani kuarantin di rumah

28 Jun 2020, 8:32 AM
600 individu pulang dari luar negara jalani kuarantin di rumah

SHAH ALAM, 28 JUN: Seramai 600 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara semalam menjalani kuarantin wajib di rumah manakala dua individu dihantar ke hospital.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata seramai 454 individu pulang dari Indonesia, Iran, Iraq, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan, Jepun, Vietnam, Myanmar, Qatar dan Belanda melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta klia2.

"Baki 146 individu lagi memasuki sempadan negara melalui Johor. Polis turut menjalankan 427 operasi pemantauan bagi memastikan mereka mematuhi arahan kuarantin," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bermula 10 hingga 27 Jun lalu, seramai 6,609 individu disaring di pintu masuk KLIA dan klia2 dengan 36 daripadanya positif Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.