ad
AGENDA

Ismail Sabri: Pembantu rumah asing belum dibenar masuk

24 Jun 2020, 9:06 AM
Ismail Sabri: Pembantu rumah asing belum dibenar masuk

SHAH ALAM, 24 JUN: Pembantu rumah warga asing belum dibenarkan pulang bekerja ke Malaysia bagi mengelakkan risiko jangkitan Covid-19.

"Setakat ini kita belum buka dan benarkan pembantu rumah untuk pulang memandangkan ramai (berasal) dari negara berisiko (penularan wabak)," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata perkara tersebut akan dibincangkan dari semasa ke semasa dan kelonggaran diberi secara berperingkat.

Mengulas kemasukan pelaut asing, Ismail Sabri berkata kerajaan tidak pernah menyekat kru atau kelasi kapal untuk kembali berkhidmat di pelabuhan jika syarikat perkapalan mematuhi garis panduan.

Bagaimanapun, beliau berkata kumpulan terbabit perlu segera dibawa ke pelabuhan sebaik tiba di negara ini selain dilarang merayau.

"Apabila tiba di lapangan terbang, mereka diambil oleh syarikat perkapalan menggunakan van atau bas dan terus dibawa ke pelabuhan. Jadi, tiada isu kerana kru atau kelasi sudah lama diberi kebenaran malah mereka perlu memiliki pas," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.