AGENDA

Covid-19: Kluster persidangan gereja di Kuching berjaya ditamatkan

23 Jun 2020, 1:34 PM
Covid-19: Kluster persidangan gereja di Kuching berjaya ditamatkan

SHAH ALAM, 23 JUN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya menamatkan kluster persidangan di sebuah gereja di Kuching, Sarawak yang juga antara kes Covid-19 terawal di negara ini, kata ketua pengarahnya.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster tersebut yang dikesan pada 15 Mac merekodkan 191 kes melibatkan lima generasi dengan tiga kematian.

"Sejak kluster ini dikesan KKM telah menyaring seramai 2,751 individu. KKM mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak serta semua petugas yang memberikan perkhidmatan berkaitan kluster ini,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Berikut perincian kematian membabitkan kluster tersebut:

- Kematian ke-2 (iaitu kes ke-358)

- Kematian ke-37 (iaitu kes ke-2,471)

- Kematian ke-67 (iaitu kes ke-2,864)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.