AGENSI

Tourism Selangor tumpu tonjol lokasi unik belum diketahui

23 Jun 2020, 12:25 AM
Tourism Selangor tumpu tonjol lokasi unik belum diketahui

SHAH ALAM, 22 JUN: Keunikan produk pelancongan yang belum diketahui di negeri ini antara fokus Tourism Selangor menarik semula pengunjung selepas sektor itu kembali beroperasi bulan lalu.

Pengurus Besarnya Azrul Shah Mohamad berkata antara lokasi tersebut ialah Chong Kok Kopitiam di Klang, Wishing Tree di Sabak Bernam dan Kuil Wat Chetawan di Petaling Jaya.

"Usaha promosi digerakkan secara aktif melalui laman sesawang Selangor.travel serta media sosial. Selain itu, semua pusat pelancongan digalakkan membuat pembersihan menyeluruh supaya pelancong berasa selamat untuk mengunjungi premis mereka,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Berikut beberapa lokasi di setiap daerah yang boleh dikunjungi :

1. Sepang

Avani Sepang Gold Coast

Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA

Litar Antarabangsa Sepang (KLIA)

2. Kuala Langat

Istana Bandar

Bukit Jugra

Pantai Kelanang

3. Kuala Selangor

Kuala Selangor Nature Park

Bukit Malawati

Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Sky Mirror

4. Gombak

Batu Caves

ATV Kemensah

Zoo Negara

5. Hulu Selangor

Empangan Sungai Selangor

Pekan Kuala Kubu Bharu

Paragliding

White Water Rafting

6. Klang

Galeri Diraja

Chong Kok Kopitiam

Pulau Ketam

GM Klang

7. Sabak Bernam

Sawah padi Sekinchan

Wishing Tree

Bahulu Masri

Sekinchan Padi box

8. Kajang

Bukit Broga

Pekan Kajang

Sate Kajang Haji Samuri

9. Petaling Jaya & Subang Jaya

The Curve

Sunway Pyramid

Wat Chetawan Temple

One Utama

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.