AGENDA

Riadah di kolam renang, pelancongan air dibenarkan mulai 1 Julai

22 Jun 2020, 8:04 AM
Riadah di kolam renang, pelancongan air dibenarkan mulai 1 Julai

SHAH ALAM 22 JUN: Semua aktiviti di kolam renang dan pelancongan air termasuk sungai, laut dan tasik kecuali taman tema dibenarkan mulai 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kegiatan di kolam renang meliputi tempat awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar dan persendirian dengan jumlah pengguna mengikut keluasan lokasi.

"Prasyarat untuk setiap kolam renang mestilah menyediakan jaket keselamatan dan pemantau atau penyelia bagi memastikan keselamatan pengguna, jumlah (pengunjung) dan masa penggunaan terkawal," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata pemilik kolam perlu mendaftar makluman pembukaan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui pautan notification.miti.gov.my dan pihak berkuasa tempatan bagi pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) dan pemantauan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kanak-kanak tidak digalakkan menyertai aktiviti air, namun terpulang kepada ibu bapa atau pemilik premis melakukan kawalan kendiri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.