AGENDA

Bapa hero lindungi keluarga daripada musuh tidak kelihatan

21 Jun 2020, 9:04 AM
Bapa hero lindungi keluarga daripada musuh tidak kelihatan

SHAH ALAM, 21 JUN: Bapa berperanan sebagai ketua dan hero melindungi keluarga daripada jangkitan musuh tidak kelihatan seperti Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bapa memikul tugas besar untuk memastikan ahli keluarga selamat dengan bersama-sama berganding bahu memutuskan rantaian wabak tersebut.

"Saya ingin mengucapkan selamat Hari Bapa dengan tema 'Bapaku Pemimpin Keluarga Sejahtera' kepada seluruh kaum bapa di Malaysia terutamanya petugas barisan hadapan.

"Bersama kita putuskan rantaian Covid-19, anda semua bapa yang hebat, selamat Hari Bapa, bapaku pemimpinku, kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga negara kita," katanya menerusi Twitter hari

ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.