AGENSI

Tarikh daftar pelajar baharu Kuis bermula 1 Julai

21 Jun 2020, 8:10 AM
Tarikh daftar pelajar baharu Kuis bermula 1 Julai

SHAH ALAM, 21 JUN: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) mengumumkan perubahan tarikh pendaftaran secara dalam talian bagi pengambilan pelajar baharu Sesi 1 2020/2021.

Tarikh baharu untuk pengajian asasi ditetapkan pada 1 Julai, diploma (sepenuh dan separuh masa) 2 Julai manakala ijazah sarjana muda pula 3 Julai membabitkan pengajian sepenuh dan separuh masa.

"Pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah ini serta bersemuka berdasarkan tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Pengajian Tinggi. Permohonan kemasukan bagi Sesi 1 2020/ 2021 masih lagi diterima," maklum Kuis menerusi Facebook hari ini.

Bagi pendaftaran asrama pula, Kuis memaklumkan boleh dibuat secara hadir terus pada 4 Julai untuk pengajian asasi dan diploma sementara 5 Julai untuk pelajar ijazah sarjana muda.

Mereka yang berminat boleh mengemukakan permohonan menerusi pautan http://eadmission.kuis.edu.my/ atau Google Form https://forms.gle/Brzu8csixHUsMs3v5 untuk prapendaftaran.

Untuk sebarang bantuan atau permohonan melalui WhatApps, pemohon boleh menghubungi pegawai pemasaran Kuis wasap.my/+60192260746/NakmasukKUIS atau wasap.my/+60193896937/NakmasukKUIS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.