ad
AGENDA

Gerhana matahari separa boleh disaksi bermula 2.44 petang esok

20 Jun 2020, 8:33 AM

SHAH ALAM, 20 JUN: Gerhana matahari separa boleh disaksikan hampir di seluruh dunia esok dan rakyat di negara ini boleh menyaksikannya  bermula 2.44 petang.

Jabatan Mufti Negeri memaklumkan gerhana selama 2 jam 9 minit 14 saat itu juga boleh disaksikan menerusi siaran langsung Facebook Balai Cerap Selangor.

Fenomena ini berlaku apabila bulan berlalu antara bumi dan matahari menyebabkan seluruh atau sebahagian bulan akan menutupi matahari.

Gerhana esok dijangka akan menutupi matahari sekitar 11.26 peratus dengan sentuhan pertamanya berlangsung pada 2.44 petang diikuti fasa maksimum 3.54 petang dan sentuhan terakhir 4.54 petang.

Mereka yang ingin menyaksikan fenomena ini perlu mematuhi langkah keselamatan seperti memakai cermin mata khas gerhana, menggunakan teleskop dengan penapis matahari atau pemantul solar.

"Gerhana matahari separa tidak boleh dilihat menggunakan mata kerana ia akan merosakkannya," katanya menerusi Facebook.

Umat Islam digalak menunaikan solat gerhana secara berjemaah atau bersendirian di rumah dan disunatkan membaca teks khutbah khas yang boleh dimuat turun di www.muftiselangor.gov.my

Kali terakhir fenomena alam ini dapat disaksikan di Malaysia pada 26 Disember tahun lalu.

Sumber GrafiK: Jabatan Mufti Negeri Selangor

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.