EXCO

Selangor rangka program usahawan bantu peniaga, penjaja kecil

19 Jun 2020, 7:40 AM
Selangor rangka program usahawan bantu peniaga, penjaja kecil

SHAH ALAM, 19 JUN: Golongan peniaga dan penjaja kecil di negeri ini akan dibantu daripada aspek ilmu kewangan dan latihan keusahawanan bagi merangsang perniagaan.

Pegawai Penasihat Dasar EXCO Usahawan Mohd Suffian Ahmad Saifuddin berkata usaha wajar digerakkan secara proaktif kerana masih ramai kelompok terbabit kurang mendapat pendedahan.

“Memang hasrat kita untuk bantu mereka (peniaga dan penjaja kecil) jika ada kekurangan daripada aspek itu, malah beberapa program bersesuaian turut dirangka.

“Kita perlu beri sokongan, lebih-lebih lagi ramai yang terjejas pendapatan sepanjang perintah kawalan disebabkan Covid-19,” katanya selepas lawatan ke pasar pagi bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini.

Beberapa lokasi dilawati antaranya penjaja berkelompok tapak Stadium MPS, pasar pagi Selayang Baru, tapak bazar larut malam Taman Sri Gombak, kendera saji Taman Greenwood dan pasar moden Sri Gombak.

Turut dipantau pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) dalam kalangan peniaga dan pengunjung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.