AGENSI

Amal kebiasaan baharu jika mahu kes Covid-19 turun - STFC

18 Jun 2020, 12:38 PM
Amal kebiasaan baharu jika mahu kes Covid-19 turun - STFC

SHAH ALAM, 18 JUN: Masyarakat diingatkan untuk terus mengamalkan kebiasaan baharu jika mahu menurunkan kes Covid-19, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

"Pelandaian keluk pandemik akan terus berjaya apabila setiap warga negara mengamalkan norma baru secara disiplin.

"Pastikan anda terus menjaga penjarakan fizikal, bersihkan tangan dengan kerap serta pakai pelitup muka ketika keluar," katanya.

Selangor merekodkan dua kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,006 kes.

Secara keseluruhan Malaysia merekodkan 14 kes baharu dengan tiga adalah kes import dan 11 kes penularan di dalam negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.