AGENDA

Pengunjung kedai makan boleh duduk semeja - Ismail Sabri

17 Jun 2020, 8:09 AM
Pengunjung kedai makan boleh duduk semeja - Ismail Sabri

SHAH ALAM, 17 JUN: Pengunjung premis makanan dibenarkan duduk semeja selagi ia mematuhi tatacara operasi piawai penjarakan sosial, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan jika sebuah meja panjang mampu memuatkan lapan hingga 10 individu maka pengunjung dibenarkan untuk duduk bersama.

"Bagi saya boleh (duduk bersama). Selagi ada penjarakan sosial, boleh," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara hanya membenarkan empat pengunjung duduk bersama pada satu meja sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun, pengguna digalakkan untuk memesan makanan menerusi aplikasi jualan atau membelinya secara bungkus.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.