ad
AGENDA

Mesyuarat, seminar dibenarkan, tidak lebih 250 peserta

17 Jun 2020, 7:31 AM
Mesyuarat, seminar dibenarkan, tidak lebih 250 peserta

SHAH ALAM, 17 JUN: Sektor Kerajaan dan swasta dibenarkan untuk menganjurkan mesyuarat, seminar dan bengkel dengan syarat mematuhi penjarakan sosial satu meter.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran untuk kawasan hijau sahaja itu turut membenarkan program kursus, latihan dan persidangan berlangsung dengan jumlah maksimum 250 peserta mengikut kapasiti ruang penganjuran.

"Semua peserta perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengimbas kod QR sewaktu proses pendaftaran. Penganjuran majlis di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan," kata menteri kanan (kluster keselamatan) ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun pesakit di bawah siasatan (PUI) dan orang di bawah pengawasan (PUS) tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti berkenaan.

Ismail Sabri berkata penganjur juga perlu menyediakan makanan secara bungkus sahaja sepanjang aktiviti berlangsung bagi mematuhi SOP penjarakan sosial.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.