AGENDA

Kes aktif Covid-19 turun, jumlah semua 986

14 Jun 2020, 9:44 AM
Kes aktif Covid-19 turun, jumlah semua 986

SHAH ALAM, 14 JUN: Kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan di Malaysia menurun kepada tiga digit apabila merekodkan 986 kes hari ini berbanding dengan 1,014 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu wabak berkenaan juga turun kepada lapan kes hari ini menjadikan jumlah kesleuruhan 8,453.

"Daripada lapan kes baharu, dua membabitkan kes import, empat warga asing iaitu dari kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur dan dua lagi kes membabitkan penduduk tempatan.

"Dukacita dimaklumkan terdapat satu kematian menjadikan jumlah kematian 121 melibatkan warga asing di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, sementara terdapat empat kes positif Covid-19 masih dirawat di unit rawatan rapi," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sehingga kini terdapat 35 kes pulih menjadikan jumlah keseluruhan 7,346.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.