AGENDA

Guna alat pengimbas suhu berdaftar dengan MDA - Dr Noor Hisham

13 Jun 2020, 10:34 AM
Guna alat pengimbas suhu berdaftar dengan MDA - Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 13 JUN: Pemilik premis perlu menggunakan alat pengimbas suhu yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) bagi memastikan bacaan suhu lebih tepat dan diyakini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya pengimbas atau peranti suhu yang berdaftar dengan MDA sahaja diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Jika ada penipuan atau sebagainya, anda perlu lapor kepada MDA," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Media melaporkan, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata orang ramai keliru apabila ada alat pengimbas suhu digital menunjukkan bacaan suhu tidak normal bagi manusia iaitu di bawah 30 darjah Celsius.

Angka ini dianggap tidak munasabah berikutan suhu normal manusia bermula antara antara 36 darjah Celsius sehingga 37.5 darjah Celcius.

Katanya apa yang berlaku ini jelas menggusarkan orang ramai, sekali gus timbul persoalan adalah pengambilan suhu itu mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan kerajaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.