AGENDA

Pengusaha majlis kahwin boleh kemuka SOP operasi

13 Jun 2020, 7:47 AM
Pengusaha majlis kahwin boleh kemuka SOP operasi

SHAH ALAM, 13 JUN: Pengusaha majlis perkahwinan boleh mengemukakan perincian tatacara operasi piawai (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membolehkan mereka kembali beroperasi, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembukaan setiap sektor ekonomi dilakukan secara berperingkat selepas perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

"Saya percaya majlis perkahwinan juga akhirnya akan dibuka. Jika pengusaha ingin mengemukakan cadangan SOP kita alu-alukan. Kalau sudah ada (SOP), bila (kebenaran) diumum (operasi) boleh jalan terus," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu, kerajaan hanya membenarkan perkahwinan secara dalam talian dan kelonggaran seterusnya diberikan pernikahan secara bersemuka tetapi terhad kepada 20 ahli keluarga sahaja.

Langkah kawalan terpaksa dilakukan kerana sebelum ini wujud kluster positif Covid-19 membabitkan majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.