PBT

MPKj: Taman Awam Jalan Timur ditutup bagi kerja naik taraf

13 Jun 2020, 7:29 AM
MPKj: Taman Awam Jalan Timur ditutup bagi kerja naik taraf

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menutup sementara Taman Awam Jalan Timur bermula 14 Jun hingga 15 September ini bagi memberi laluan kerja naik taraf, kata yang dipertuanya.

Dato’ Zulkefli Khalid berkata orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan taman dan meletakkan kenderaan di parkir kenderaan sepanjang tempoh tersebut.

"Kerjasama daripada anda amat diharapkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti sehingga taman awam ini siap sepenuhnya," kata beliau dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.