AGENDA

Terus amal penjarakan sosial ketika ziarah saudara-mara

13 Jun 2020, 7:15 AM
Terus amal penjarakan sosial ketika ziarah saudara-mara

SHAH ALAM, 13 JUN: Masyarakat dinasihatkan terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan ketika berkunjung ke rumah saudara-mara selepas kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kawalan kendiri penting bagi setiap individu kerana warga emas dan kanak-kanak merupakan golongan berisiko mendapat jangkitan Covid-19.

"Kalau boleh tidak perlu ramai dalam satu rumah. Seperti yang saya sebutkan lebih ramai di rumah dalam keadaan tertutup ia lebih membahayakan," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya membenarkan aktiviti rentas daerah pada hari pertama raya Aidilfitri dan terhad kepada 20 orang pada satu masa.

Bagaimanapun kelonggaran diberikan untuk semua rakyat Malaysia melakukan perjalanan pulang ke kampung dalam tempoh PKPP bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.