BERITA UTAMA

MB: RM50,000 kepada SMK Sungai Kertas, bina infrastruktur

12 Jun 2020, 12:09 PM
MB: RM50,000 kepada SMK Sungai Kertas, bina infrastruktur

SHAH ALAM, 12 JUN: Dato' Menteri Besar menyalurkan RM50,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kertas, Gombak hari ini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu bagi membina infrastruktur sekolah tersebut demi keselesaan pelajar dan kakitangan.

"Bersama warga Sungai Tua di Jelajah Silaturrahmi Daerah Gombak. Menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Sungai Tua.

"Saya turut menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada SMK Sungai Kertas bagi tujuan pembinaan infrastruktur sekolah," tulis beliau di Twitter.

Amirudin yang juga merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua turut menyerahkan bantuan kepada penduduk di kawasan itu bagi meringankan beban mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.