AGENDA

Kes baharu Covid-19 kekal tujuh, tiada warga tempatan dijangkiti

9 Jun 2020, 10:36 AM
Kes baharu Covid-19 kekal tujuh, tiada warga tempatan dijangkiti

SHAH ALAM, 9 JUN: Kes baharu positif Covid-19 di negara ini kekal tujuh seperti semalam dengan tiada kes penularan melibatkan warga tempatan, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata keseluruhannya sebanyak 8,336 kes dicatatkan dengan kes aktif kebolehjangkitan adalah 1,244.

"Daripada tujuh kes baharu itu, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan satu daripada penularan tempatan bukan warganegara yang disaring ketika mahu mula bekerja," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata 281 kes pulih dan dibenarkan keluar hospital iaitu tertinggi setakat ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes berkaitan meningkat kepada 6,975.

Katanya, tiada kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes tersebut adalah 117 kes iaitu 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.