EXCO

Program digitalisasi IKS perkasa usahawan Selangor- Chang Khim

9 Jun 2020, 9:03 AM
Program digitalisasi IKS perkasa usahawan Selangor- Chang Khim

SHAH ALAM, 9 JUN: Kerajaan Negeri akan melancarkan program digitalisasi industri kecil dan sederhana (IKS) dalam tempoh terdekat untuk memperkasa usahawan di Selangor, kata EXCO pelaburan.

Dato’ Teng Chang Khim ia merupakan inisiatif membantu usahawan IKS bergerak ke arah digitalisasi bagi meningkatkan kecekapan pengurusan perniagaan, produktiviti dan pertumbuhan perniagaan.

"Selain menyediakan bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat termasuk penjaja dan pekerja, Kerajaan Negeri juga menyediakan

peruntukan untuk menggalakkan sektor IKS bergerak ke arah pendekatan berkaitan.

"Sebelum ini kita telah bekerjasama dengan laman e-dagang Shopee dengan melancarkan Selangor e-Bazar Raya yang berjaya mencatatkan

jualan RM173 juta dalam tempoh 28 hari," katanya kepada SelangorKini.

Pada 1 April lalu Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM100.7 juta khusus untuk memacu ekonomi negeri melalui digitalisasi selepas

terjejas akibat penularan Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kaedah itu membabitkan e-pembelajaran, Selangor Advance dan Inisiatif Digital Selangor Grab

itu membuka peluang pekerjaan serta menjaga kebajikan pekerja sedia ada.