SELANGOR

Empat peniaga pasar borong degil dikenakan tindakan - KPDNHEP

9 Jun 2020, 4:44 AM
Empat peniaga pasar borong degil dikenakan tindakan - KPDNHEP

SHAH ALAM, 9 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengenakan empat tindakan kepada peniaga di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan semalam.

KPDNHEP Selangor memaklumkan dua peniaga dikenakan tindakan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana melakukan penipuan alat timbang dan sukat ketika menjalankan urus niaga.

"Manakala, dua lagi peniaga disaman di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 berikutan kesalahan mereka menaikkan harga barang, tiada tanda harga dan tanda harga tidak jelas," kata kenyataan menerusi Facebook.

Justeru, KPDNHEP menasihatkan peniaga untuk sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan dan perintah yang dikuatkuasakan.

Sementara itu, pengguna pula diminta membuat perbandingan harga sebelum membeli serta memberi kepercayaan kepada pihak berwajib menguruskan segala hal berkaitan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.