AGENDA

396 pendatang tanpa izin ditahan cuba masuk ke Malaysia - Ismail Sabri

8 Jun 2020, 7:52 AM
396 pendatang tanpa izin ditahan cuba masuk ke Malaysia - Ismail Sabri

SHAH ALAM, 8 JUN: Seramai 396 pendatang asing tanpa izin (pati) ditahan kerana cuba menceroboh perairan negara sejak 1 Mei sehingga semalam, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Operasi Benteng melibatkan tentera, polis, agensi keselamatan sempadan dan maritim turut menahan 103 tekong, 11 penyeludup serta merampas 13 kapal.

"Pihak berkuasa juga berjaya mengusir 140 pati, enam tekong serta 22 kapal yang cuba membolosi kawasan sempadan negara.

"Operasi mencegah kemasukan pati menerusi lorong tikus akan dipertingkatkan dalam usaha mencegah jenayah rentas sempadan serta penularan Covid-19," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata seramai 60 individu ditahan manakala 277 individu dikenakan kompaun semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.