ad
AGENDA

Anwar: Penjana patut bentang di Parlimen, ikut amalan demokrasi

7 Jun 2020, 3:07 PM
Anwar: Penjana patut bentang di Parlimen, ikut amalan demokrasi

SHAH ALAM, 7 JUN: Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumumkan perdana menteri kelmarin seharusnya dibentang di Parlimen, kata presiden KEADILAN.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai negara demokrasi, langkah jangka pendek yang seakan-akan belanjawan tahunan perlu dibahas kerana membabitkan modal besar.

“Kalau kita bersikap rendah hati, tawaduk kita akan tahu benda ini perlu dibahaskan. Jika tak (bahas) rakyat tidak tahu...bantuan ini bagus.

“Yang penting tahap pelaksanaannya umpama mana sumber kita dapat. Memang kita kena berbelanja tapi dari mana (sumber)?,” katanya melalui siaran langsung di Facebook malam ini.

Jelas Ahli Parlimen Port Dickson lagi, sekiranya pelan tersebut dibahaskan, semua pihak dapat mengetahui bentuk pelaksanaanya.

“Supaya tak ada kebocoran, ketirisan dan dirompak...apakah sampai kumpulan sasar? Ini perlu dibahas atau dibuka meluas,” katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun lalu mengumumkan Penjana bernilai RM35 bilion, dengan RM 10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung daripada kerajaan.

Bertemakan ‘Bersama Menjana Ekonomi’, terdapat 40 inisiatif disediakan dengan tiga teras utama iaitu memperkasakan rakyat, melonjak perniagaan dan merangsang ekonomi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.