AGENDA

Kanak-kanak terdedah asap rokok berisiko tinggi dijangkiti virus

4 Jun 2020, 11:10 AM
Kanak-kanak terdedah asap rokok berisiko tinggi dijangkiti virus

SHAH ALAM, 4 JUN: Kanak-kanak yang terdedah dengan asap rokok berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 dan berdepan implikasi kesihatan lain, kata ketua pengarah kesihatan.

"Sekiranya mereka dijangkiti (Covid-19), memang terdapat implikasi sama seperti perokok," kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menjelaskan kanak-kanak tersebut dipanggil perokok pasif.

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, beliau turut menggalakkan masyarakat menghentikan tabiat merokok dan menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan nasihat.

Pada 31 Mei lalu, analisis KKM mendapati jumlah kes kematian disebabkan Covid-19 dalam kalangan perokok lebih tinggi iaitu 17.6 peratus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam kenyataan pada 27 Mei lalu mendapati perokok berisiko tinggi mendapat komplikasi lebih teruk jika dijangkiti virus berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.