AGENDA

Ringgit dibuka rendah 4.2630/2700 berbanding dolar AS

4 Jun 2020, 2:07 AM
Ringgit dibuka rendah 4.2630/2700 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan hari ini berikutan pengambilan untung yang ringan susulan kenaikan selama tiga hari berturut-turut dicatatkan mata wang tempatan.

Pada 9.11 pagi, ringgit berada pada 4.2630/2700 berbanding dolar AS daripada 4.2590/2660 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata sentimen pembelian terhadap ringgit juga dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah global apabila penanda aras antarabangsa, minyak mentah Brent susut 0.68 peratus kepada AS$39.52 setong manakala minyak WTI turun 1.13 peratus kepada AS$36.97 setong.

“Selain itu, unit tempatan juga tidak mencatatkan pergerakan ketara selepas mengalami kenaikan memandangkan pelabur menunggu hasil mesyuarat OPEC+ hari ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0498/0559 daripada 3.0480/0537 ketika ditutup semalam dan lemah berbanding euro kepada 4.7839/7931 daripada 4.7769/7856.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 3.9128/9203 daripada 3.9149/9224 semalam serta meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3479/3571 daripada 5.3638/3743.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.