AGENDA

Tawaran berakhir, pendatang asing tanpa izin akan diburu

31 Mei 2020, 8:23 AM
Tawaran berakhir, pendatang asing tanpa izin akan diburu

SHAH ALAM, 31 MEI: Kerajaan akan memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bersembunyi bagi memutuskan rantaian Covid-19, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebelum ini kerajaan bertolak ansur dengan memberi jaminan golongan tersebut tidak akan ditahan jika tampil membuat ujian saringan tetapi mereka berdegil.

"Saya sendiri membuat pengumuman pada sidang media ketika mula-mula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan meminta mereka tampil secara sukarela walaupun tiada dokumen sah.

"Walaupun begitu nampaknya tidak ada dalam kalangan mereka yang keluar buat saringan, jadi tawaran ini telah tamat," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata Pati yang ditangkap akan ditempatkan di depoh tahanan sementara dan proses saringan kesihatan akan dilakukan.

"Mereka disaring positif akan terus dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang dan yang negatif akan di hantar pulang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.