AGENDA

Temu duga masuk universiti secara dalam talian - Ismail Sabri

29 Mei 2020, 8:04 AM
Temu duga masuk universiti secara dalam talian - Ismail Sabri

SHAH ALAM, 29 MEI: Temu duga pelajar bagi kemasukan ke universiti awam perlu dibuat secara dalam talian, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata urusan secara bersemuka tidak dibenarkan bagi mencegah penularan Covid-19.

"Memang kita tidak membenarkan pergerakan rentas negeri, justeru pelajar yang perlu melalui temu duga untuk kemasukan ke universiti awam boleh melakukannya secara dalam talian.

"Perkara ini sebenarnya sudah pun berjalan dengan pihak universiti memulakan inisiatif terbabit sejak April lalu," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Mengulas mengenai sama ada suami isteri dibenarkan merentas negeri untuk bertemu susulan kes Covid-19 menurun, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dibincang semula.

"Kerajaan akan berbincang semula sama ada kelonggaran akan diberi kepada pasangan ini merentas negeri sebelum tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) 9 Jun ini," jelasnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.