AGENDA

10 kes Covid-19, terendah sejak PKP dilaksanakan

28 Mei 2020, 9:12 AM
10 kes Covid-19, terendah sejak PKP dilaksanakan

SHAH ALAM, 28 MEI: Sebanyak 10 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini iaitu terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 7,629 kes, dengan 1,345 daripadanya kes aktif.

"Hari ini juga seramai 86 kes telah pulih menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 6,169 atau 89 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Sehingga kini, sebanyak lapan kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU)," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.