AGENDA

Covid-19: Kerajaan belum terima laporan rakyat Malaysia mati di New York

28 Mei 2020, 9:01 AM
Covid-19: Kerajaan belum terima laporan rakyat Malaysia mati di New York

SHAH ALAM, 28 MEI: Wisma Putra belum menerima laporan rasmi berhubung dakwaan 10 rakyat Malaysia meninggal dunia di New York akibat jangkitan Covid-19, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata dakwaan itu dalam siasatan pihak Wisma Putra.

"Pagi tadi kita sudah memeriksa dengan Wisma Putra dan mereka tidak dapat maklumat mengenai perkara ini.

"Oleh itu kita tidak tahu statusnya adakah berita itu benar atau tidak ," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Susulan itu, Ismail Sabri meminta rakyat Malaysia di luar negara menghubungi pejabat kedutaan sekiranya menghadapi masalah sekali gus membolehkan mereka dibantu.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya 10 warga Malaysia menetap di New York, Amerika Syarikat dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.