AGENDA

Tiada kes positif Covid-19 lain dikesan daripada mesyuarat pasca-kabinet

27 Mei 2020, 12:43 PM
Tiada kes positif Covid-19 lain dikesan daripada mesyuarat pasca-kabinet

PUTRAJAYA, 27 MEI: Tidak ada kes positif Covid-19 yang lain dikesan daripada mesyuarat pasca-Kabinet Rabu lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Mengenai mesyuarat pasca-Kabinet, semua yang menghadiri atau anggota mesyuarat pasca-Kabinet didapati negatif.

"Lebih penting lagi, individu yang dikenal pasti (kes positif) juga dirawat, diasingkan dan bertindak balas dengan baik. (Beliau) asimptomatik tetapi positif. Oleh itu, kami mengawasi dengan teliti,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara 35 orang yang diminta menjalani kuarantin selama 14 hari di rumahnya setelah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Mengenai perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata kementerian masih menyiasat sumber jangkitan di Pusat Tahanan Imigresen kerana masih belum diketahui punca jangkitan.

"Kita telah mengasingkan semuanya ke hospital sementara MAEPS dan mereka yang mempunyai kontak rapat juga telah diasingkan untuk kuarantin.

"Oleh itu, kita berjaya melakukan yang terbaik dari segi pengesanan kes aktif dan juga untuk mengasingkan dan merawat mereka. Kita belajar dari pengalaman ini untuk mengelakkan pusat lain dan tempat-tempat lain yang sesak,” katanya.

Beliau menjelaskan terdapat keperluan untuk menyelesaikan masalah tempat-tempat sesak dan tertutup terutamanya bagi tempat tinggal pekerja asing.

"Sekiranya terdapat jangkitan, bukan hanya Covid-19 tetapi semua penyakit berjangkit lain, dan anda tinggal di tempat yang tertutup pasti penyakit berjangkit akan terus tersebar.

"Hari ini kita perlu mengubah norma bagaimana kita melakukan sesuatu yang berbeza dari masa lalu dan untuk memiliki masa depan yang lebih baik," tambahnya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.