AGENDA

Rakyat disaran buang pelitup muka dengan betul

26 Mei 2020, 10:49 AM
Rakyat disaran buang pelitup muka dengan betul

SHAH ALAM, 26 MEI: Ketua pengarah kesihatan menasihatkan orang ramai lebih bertanggungjawab dengan membuang pelitup muka di tempat yang betul bagi mengelak kuman tersebar.

"Mungkin anda selsema, sekiranya ia tidak dibuang dengan betul, mungkin kuman tadi akan tersebar. Jadi pastikan ia dibuang ke dalam tong sampah yang bertutup," kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Pada 14 April, Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd, Syaiful Azmen Nordin mendedahkan pelitup muka, bekas cecair pembasmi kuman dan sarung tangan terpakai antara sampah paling banyak ditemui dalam sungai sejak Mac lalu.

Kesemua peralatan perlindungan diri itu dikategorikan sebagai sampah baharu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.