PBT

MBSA santuni empat pesara, erat hubungan

23 Mei 2020, 8:29 AM
MBSA santuni empat pesara, erat hubungan

SHAH ALAM, 23 MEI: Datuk Bandar Shah Alam, Dato' Haris Kasim mengetuai rombongan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyantuni empat pesaranya menjelang Aidilfitri menerusi program Ziarah Pesara di sini semalam.

MBSA menerusi kenyataan memaklumkan tujuan ziarah adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan menghargai sumbangan bekas kakitangannya sepanjang bertugas dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

Empat bekas kakitangan diziarah ialah dua kakitangan jabatan kejuruteraan iaitu Brahim Muhammad dan Ramby Wahid, bekas kakitangan jabatan khidmat pengurusan, Zainudin Yoon dan bekas kakitangan jabatan landskap, Abdul Rashid Kamal.

Keempat-empat bekas kakitangan MBSA itu turut menerima sumbangan wang tunai RM300 seorang selain barangan harian bernilai RM100.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.