AGENDA

KKM kesan kontak ibu positif Covid-19 dari Ampang ke Kuala Krai

21 Mei 2020, 11:15 PM
KKM kesan kontak ibu positif Covid-19 dari Ampang ke Kuala Krai

SHAH ALAM, 22 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengesan kontak rapat wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

"Kita sedang mengesan kontak rapat ini sama ada di Ampang, Selangor atau pun sepanjang destinasi sebelum dia tiba di Kuala Krai, Kelantan," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, semalam.

Jelasnya, ahli keluarga wanita berkenaan sudah disaring dan 20 daripadanya didapati negatif sementara 10 masih lagi menunggu keputusan ujian.

Seorang wanita hamil dilaporkan positif Covid-19 di Kuala Krai melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berada dalam kategori zon merah.

Semalam 50 kes baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 7,059 manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 50 kes baharu, tiga adalah kes import manakala 47 adalah penularan tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.